
Koperasi SMK Tinggi Klang Berhad telah didaftarkan dengan nombor pendaftaran 2585 pada 13 April 1983. Fungsi koperasi adalah dari segi pendidikan keseluruhannya. Semua guru dan pelajar sekolah ini merupakan ahli koperasi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menjual barangan keperluan pelajar seperti makanan dan minuman,alat tulis, buku tulis dan menyediakan perkhidmatan fotostat.

Objektif Koperasi S.M.K Tinggi Klang•Semua guru koperasi 100% mempunyai kemahiran dalam menguruskan koperasi menjelang tahun 2010.•Pelajar yang kurang tentang kemahiran dan disiplin mencapai 100% penguasaan bidang tugas masing-masing dan tahap disiplin serta kesedaran terhadap koperasi.•Penglibatan 100% ahli koperasi menjayakan Hari Koperasi Sekolah pada tahun 2009 sama ada berbentuk material ataupun sokongan moral.•Penglibatan 90% pihak ANGKASA dan JPK serta pembekal dalam memberi sokongan material dan moral menjelang tahun 2009.•Mencapai keuntungan 100% secara berterusan menjelang tahun 2011.
Prinsip - prinsip koperasi
1. KEANGGOTAAN SUKARELA DAN TERBUKA.
2. KAWALAN DEMOKRASI OLEH ANGGOTA.
3. PENGLIBATAN EKONOMI OLEH ANGGOTA.
4. AUTONOMI DAN KEBEBASAN.
5. PELAJARAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT.
6. BEKERJASAMA DIANTARA KOPERASI.
7. BERPRIHATIN TERHADAP MASYARAKAT
No comments:
Post a Comment