Sejarah SMK Tinggi Klang.
Sekolah Tinggi Klang bermula dari sebuah atap kecil (14 Januari 1928).Pada masa itu di kenali sebagai 'Sekolah Sementara Inggeris‘. Jumlah murid yang mendaftar ialah seramai 62 orang. Encik S.C.E Singam sebagai pengetua dan seorang guru sahaja yang mengajar iaitu S.M.Thiagarajah. Pada tahun yang sama,pasukan pengakap ditubuhkan. Pada tahun 1929, terdapat 13 buah kelas dan 108 orang murid. Encik T.Mailavahanan dilantik sebagai pengetua.
Perasmian.
Pada 20 Mac 1930, Sekolah Tinggi Klang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Alauddin Sulaiman Shah G.C.M.G. Jumlah murid bertambah kepada 318 orang dan V.Ponniah sebagai pengetua serta guru seramai 9 orang. Permainan seperti badminton, ping pong, bolasepak dan kriket diperkenalkan sebagai ko-kurikulum Sekolah Tinggi Klang.
Semasa Perang.
Pada tahun 1941,SMK Tinggi Klang telah dijadikan ibu pejabat Medical Auxiliary Service untuk Klang Utara.Ia terdiri daripada 2 orang doktor dan 52 orang pembantu daripada sekolah ini. Sekolah telah dibuka semula oleh tentera Jepun,Encik V.K. Chinniah telah dilantik menjadi pengetua dan guru-guru yang lain masih sama.Selepas setahun sekolah dijadikan hospital tentera dan pusat pengawalan tentera. Semua murid dipindahkan ke Sekolah Pin Hwa,Jalan Harper,Klang.Bahasa penghantar pada masa itu ialah “Nippon Go’ dan ramai telah menjalani latihan Bahasa Jepun di bawah pensyarah Jepun di Klang dan Kuala Lumpur. Perang pasifik tamat dan SMK tinggi Klang digunakan sebagai hospital tentera oleh tentera British
Selepas Perang.
Selepas itu SMK Tinggi Klang sering bertukar pengetua dan pembaharuan demi pembaharuan dibuat untuk meningkatkan prestasi sekolah. Kemudahan fizikal telah banyak dinaiktarafkan semasa Tuan Haji Salihuddin b. Mohd Said menjadi pengetua. Beliau amat menitikberatkan prasarana sekolah dan berusaha meningkatkan kualiti warga Sekolah Tinggi Klang. Pada tahun 2001,SMK Tinggi Klang mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya seorang wanita menyandang jawatan pengetua. Beliau adalah Puan Hajjah Siti Aishah bt. Haji Abdullah yang berwibawa dan berketrampilan tinggi. Beliau banyak berusaha mengembalikan kegemilangan SMK Tinggi Klang. Selepas beliau bersara, Pn.Hjh Sriyati bt. Abd Manan pula dilantik sebagai pengetua wanita kedua di SMK Tinggi Klang untuk menyambung usaha-usaha memartabatkan SMK Tinggi Klang sebagai sekolah cemerlang,gemilang dan terbilang.
Sejarah Awal.

No comments:
Post a Comment