Thursday, April 30, 2009

Moto


Koperasi Sekolah


KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KLANG BERHAD
JALAN MERU, 41050 KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN







Koperasi SMK Tinggi Klang Berhad telah didaftarkan dengan nombor pendaftaran 2585 pada 13 April 1983. Fungsi koperasi adalah dari segi pendidikan keseluruhannya. Semua guru dan pelajar sekolah ini merupakan ahli koperasi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menjual barangan keperluan pelajar seperti makanan dan minuman,alat tulis, buku tulis dan menyediakan perkhidmatan fotostat.




Objektif Koperasi S.M.K Tinggi KlangSemua guru koperasi 100% mempunyai kemahiran dalam menguruskan koperasi menjelang tahun 2010.•Pelajar yang kurang tentang kemahiran dan disiplin mencapai 100% penguasaan bidang tugas masing-masing dan tahap disiplin serta kesedaran terhadap koperasi.•Penglibatan 100% ahli koperasi menjayakan Hari Koperasi Sekolah pada tahun 2009 sama ada berbentuk material ataupun sokongan moral.•Penglibatan 90% pihak ANGKASA dan JPK serta pembekal dalam memberi sokongan material dan moral menjelang tahun 2009.•Mencapai keuntungan 100% secara berterusan menjelang tahun 2011.



Prinsip - prinsip koperasi
1. KEANGGOTAAN SUKARELA DAN TERBUKA.
2. KAWALAN DEMOKRASI OLEH ANGGOTA.
3. PENGLIBATAN EKONOMI OLEH ANGGOTA.
4. AUTONOMI DAN KEBEBASAN.
5. PELAJARAN, LATIHAN DAN MAKLUMAT.
6. BEKERJASAMA DIANTARA KOPERASI.
7. BERPRIHATIN TERHADAP MASYARAKAT

ICT Sekolah






Lencana Sekolah


Lambang Sekolah Menengah Tinggi Klang mempunyai 2 bilah keris merupakan
Perlembagaan Diraja, bersilang antara satu sama lain dan jalur 7 yang
berselang-seli dengan warna hijau dan kuning iaitu warna lambang
kemegahan dan tradisi sekolah.Warna hijau membawa maksud
keyakinan dan daya usaha manakala warna kuning merupakan
lambang diraja.
Di sebelah atas lambang tercatat nama sekolah manakala di sebelah bawah
pula terpampang moto sekolah iaitu “PROBITAS ET FIDES” yang
bermaksud kesetiaan dan kejujuran .Perkataan ini berasal
daripada perkataan Latin.

Doa Sekolah

Wahai Tuhan Yang Maha Kuasa,
Sematkan ke dalam jiwa kami,sikap jujur dan amanah
Berhemah tinggi dan berakhlak mulia,
Menghormati semua guru dan ibu bapa,
Berdisiplin dan berbudi bahasa sepanjang masa,

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih,
Terangkan hati kami,
Mudahkan kami menerima pendidikan,
Kami berikrar untuk belajar bersungguh-sungguh,
Menjaga nama baik,keselamatan dan harta benda sekolah,
Tanamkan semangat perpaduan dikalangan kami,

Wahai Tuhan Yang Berkuasa Lagi Pengasih,
Peliharalah kami,guru-guru kami,ibu bapa kami, dan sekolah kami,
Jauhilah kami dari hasad dengki,malas pemarah,bongkak dan degil,
Mudah-mudahan kehidupan kami beroleh kejayaan,
Di dalam kehidupan kami sepanjang zaman

Lagu Sekolah

O God almighty, we give thee thanks,
For our school the High school Klang,
And for the teachers who daily guide us,
With answers to questions asked,
Onward the spirit of close felowship,
And towards others in friendship and love,
May we never be found wanting,
The great courage of living and striving,
Dear High School Klang,
Thee oue dear Alma Mater,
Foward to serve we go now,
May we love thee forever more.

Objektif

Kami berhasrat untuk sentiasa mengekalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang sebagai sebuah sekolah yang efektif yang menjadi kebanggaan masyarakat sekolah dan masyarakat setempat dengan:


1. Merancang dan mengurus program-program yang inovatif untuk pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah dan yang bertumpukan kepada penyelesaian masalah-masalah sekolah

2. Merancang dan mengurus program peningkatan prestasi pencapaian pelajar samada dalam bidang kurikulum ataupun dalam bidang kokurikulum supaya sentiasa berada ditahap yang cemerlang

3. Merancang dan mengurus program pembinaan insan atau maju diri di kalangan pelajar dan staf

4. Merancang dan mengurus program peningkatan profesionalisme di kalangan staf

5. Merancang dan mengurus kebajikan dan disiplin pelajar dan staf

6. Mengurus dan mengawal sumber pendidikan, pembangunan fizikal, bekalan, penyelenggaraan dan kewangan sekolah

Misi

Menggungguli kegemilangan kurikulum yang berterusan

Meningkatkan kegemilangan dan penglibatan menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum

Melahirkan pelajar bersahsiah mulia, berjiwa murni dan berdaya saing tinggi

Mewujudkan persekitaran psikososial yang kondusif dan selamat

Melaksanakan pengurusan dan pentadbiran yang berkualiti

Mencapai kecemerlangan sekolah melalui kerjasama dengan komuniti

Visi


Halaman Utama

Sejarah SMK Tinggi Klang.


Sejarah Awal.

Sekolah Tinggi Klang bermula dari sebuah atap kecil (14 Januari 1928).Pada masa itu di kenali sebagai 'Sekolah Sementara Inggeris‘. Jumlah murid yang mendaftar ialah seramai 62 orang. Encik S.C.E Singam sebagai pengetua dan seorang guru sahaja yang mengajar iaitu S.M.Thiagarajah. Pada tahun yang sama,pasukan pengakap ditubuhkan. Pada tahun 1929, terdapat 13 buah kelas dan 108 orang murid. Encik T.Mailavahanan dilantik sebagai pengetua.


Perasmian.

Pada 20 Mac 1930, Sekolah Tinggi Klang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Alauddin Sulaiman Shah G.C.M.G. Jumlah murid bertambah kepada 318 orang dan V.Ponniah sebagai pengetua serta guru seramai 9 orang. Permainan seperti badminton, ping pong, bolasepak dan kriket diperkenalkan sebagai ko-kurikulum Sekolah Tinggi Klang.


Semasa Perang.

Pada tahun 1941,SMK Tinggi Klang telah dijadikan ibu pejabat Medical Auxiliary Service untuk Klang Utara.Ia terdiri daripada 2 orang doktor dan 52 orang pembantu daripada sekolah ini. Sekolah telah dibuka semula oleh tentera Jepun,Encik V.K. Chinniah telah dilantik menjadi pengetua dan guru-guru yang lain masih sama.Selepas setahun sekolah dijadikan hospital tentera dan pusat pengawalan tentera. Semua murid dipindahkan ke Sekolah Pin Hwa,Jalan Harper,Klang.Bahasa penghantar pada masa itu ialah “Nippon Go’ dan ramai telah menjalani latihan Bahasa Jepun di bawah pensyarah Jepun di Klang dan Kuala Lumpur. Perang pasifik tamat dan SMK tinggi Klang digunakan sebagai hospital tentera oleh tentera British


Selepas Perang.

Selepas itu SMK Tinggi Klang sering bertukar pengetua dan pembaharuan demi pembaharuan dibuat untuk meningkatkan prestasi sekolah. Kemudahan fizikal telah banyak dinaiktarafkan semasa Tuan Haji Salihuddin b. Mohd Said menjadi pengetua. Beliau amat menitikberatkan prasarana sekolah dan berusaha meningkatkan kualiti warga Sekolah Tinggi Klang. Pada tahun 2001,SMK Tinggi Klang mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya seorang wanita menyandang jawatan pengetua. Beliau adalah Puan Hajjah Siti Aishah bt. Haji Abdullah yang berwibawa dan berketrampilan tinggi. Beliau banyak berusaha mengembalikan kegemilangan SMK Tinggi Klang. Selepas beliau bersara, Pn.Hjh Sriyati bt. Abd Manan pula dilantik sebagai pengetua wanita kedua di SMK Tinggi Klang untuk menyambung usaha-usaha memartabatkan SMK Tinggi Klang sebagai sekolah cemerlang,gemilang dan terbilang.